Domo-kun Staring

Thursday, 13 December 2012

Stik Daging Lembu


500 gm potongan daging batang pinang
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu the madu @ gula..( madu lebah dpt mengawal kolestrol..)
1 sudu makan sos plum

*Bahan di kisar..
1 sudu teh lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia

*Cara - caranya
Daging di potong lebar setebal 1 sentimeter
Gaulkan bahan di atas dan perapkan 4 @ 5 jam

Kemudian letakkan sedikit minyak dlm kuali..letakkan daging. Kalih - kalih kan hingga masak. Tutup dgn tudung periuk sekejap masak dgn api yg sederhana ehingga air daging kering dan daging lembut. Angkat dan sediakan sosnya..

*Bahan sos lada hitam..
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat

Cara - caranya
Campurkan semua bahan dan sekali lebihan air lebihan perapan daging tadi masak atas api hingga kuah sederhana pekat. Angkat dan tuang atas daging..

*Bahan hiasan
Salad
Tomato segar
Kentang goreng
Kacang panggang di panaskan..( kalau suka lah..)

* Hiaskan daging dan semua bahan dlm pinggan dan tuangkan sos lada hitam. Siap dimakan.


No comments: